Read More http://www.kevinandamanda.com/whatsnew/tutorials/how-to-use-a-cute-font-for-your-blogger-post-titles.html#ixzz1Y07RKMA6

Makan Gaji vs Berniaga

Ari ni aku mula berfikir...adakah aku terus makan gaji sampai ke tua...ataupun aku perlu berniaga utk manampung hidup aku sekeluarga...Ye la...kan rezeki adalah 9/10 daripada berniaga...

Antara kebaikan kerja makan gaji:-
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
  • Mudah naik pangkat
  • Mendapat gaji tetap setiap bulan
  • Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
Selain kerja makan gaji ada yang menjalankan perniagaan seperti perniagaan kecil, sederhana dan besar. Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit.

Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
  • Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang untuk menjadi Jutawan dan merasai kebebasan masa bersama keluarga dan kebebasan kewangan.


So, ape2 pun pilihan kita...kite mesti ada hala tuju dalam hidup kita, impian kita...kita set goal setting kita...baru leh leh wat pilihan...kalau pilih utk berniaga...kita mesti ada minat untuk menjalankan perniagaan...kalau takde minat..macam ner pulak kan..nnt jadik hangat2 taik ayam lak...lebih baik makan gaji..kan..kan...

0 comments:

Post a Comment